Friday, 12 December 2014

RAHMAHHASNAH - SEWA HARIAN @ HOMESTAY

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH.

ASSALAMUALAIKUM
MUSLIM SAHAJA
7 katil. 10 bantal. Maksima tetamu - 12.

DEPOSIT adalah HARGA JUMLAH MALAM PENGINAPAN, TIDAK DIKEMBALIKAN.
BOOKING DIBUKA HANYA 3 HARI SEBELUM TARIKH MASUK


Jutaan terima kasih kepada yang sudi singgah di mukasurat Rahmah Hasnah Homestay. Rumah biasa yang banyak kekurangan, tapi harga setimpal dengan lokasi yang strategik.

Kurang 2.5 km ke UiTM Seksyen 7 Shah Alam, Jackel, i-City.
4 km ke Masjid Negeri, Kompleks PKNS, Pusat Konvensyen SACC, Hotel Grand Bluewave/ Concorde. Kurang 2.5 km dari tol NKVE Bukit Raja, Jaya Jusco Bukit Raja Klang, dan lain-lain.


Dalam Kawasan ber 'security guard'.
Dua tingkat.
4 bilik tidur (2 bilik - 2 katil supersingle, 1 bilik - 1 katil QUEEN,),1 bilik- 1 katil supersingle, 3 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan ruang keluarga. Bilik tidur di tingkat atas.

Kemudahan - ASTRO asas, air-cond & kipas di ruang tv dan bilik tidur, 'microwave oven' kecil, periuk nasi kecil, pemanas air kecil dan pinggan mangkuk melamin untuk 4-5 orang. TIDAK DIBENARKAN MEMASAK MAKANAN.

Selimut kecil, katil, bantal dan tilam UNTUK 7 ORANG. 2 pasang Telekung dan beberapa sejadah disediakan. Tuala mandi dan toto tidak disediakan

Porch untuk 2 kereta. Luar pagar - 1 kereta.

Seluruh luar dan dalam rumah adalah KAWASAN LARANGAN UNTUK PERKARA BERIKUT:
merokok, dadah, minuman alkohol, pergaulan bebas bukan muhrim, haiwan peliharaan, bunyi bising, pembuangan sampah tidak teratur, pembaziran elektrik dan air serta vandalisma terhadap rumah, lanskap dan perabut/perkakas.

Rumah ini adalah rumah sewaan harian, bukan hotel, motel atau rumah tumpangan rasmi. Kerjasama tetamu diperlukan untuk menjaga dan mengemas rumah seperti keadaannya semasa check in. Semua sampah perlu dikeluarkan dari rumah setiap hari dan semasa check out, menggunakan plastik sampah yang disediakan dan diletakkan dengan baik di bekas sampah luar rumah, untuk mengelakkan gangguan haiwan perosak serta anjing dan kucing liar.

Tetamu diharap jujur agar membayar gantirugi bila ada sebarang kerosakan/ kehilangan pada homestay oleh pihak tetamu. Tetamu juga diharap jujur tentang status perkahwinan yang sah bagi yang menginap berkeluarga. Penjaga homestay berhak tidak membenarkan check in atau meminta tetamu mengosongkan homestay serta merta jika penjaga mendapat tahu, tetamu bersekedudukan secara haram. Wang tempahan tidak akan dikembalikan kerana tetamu berkaitan telah menutup peluang tetamu lain yang 'serious' memerlukannya

Pengesahan tempahan adalah setelah penjaga homestay menerima bukti DEPOSIT RM250-1 MLM/ RM480-2 MLM; di bank-in ke BANK RAKYAT. Deposit adalah 'NON REFUNDABLE'/ TIDAK DIKEMBALIKAN jika tetamu batalkan tempahan kurang dari 3 hari sebelum tarikh check-in.

Check-in selepas 2.00 petang. Check-out sebelum 12.00 tengahari. Kelewatan checkout akan dikenakan bayaran RM 20.00/ jam.

TETAMU DIANGGAP BERSETUJU DAN TERTAKLUK dengan semua terma dan syarat yang disebut di sini dan yang lain oleh pihak homestay, apabila tempahan telah disahkan oleh penjaga homestay.

Untuk perbincangan tempahan, boleh SMS/Whatsap Muhammad - 01114293079 / Hikmah - 0176872647. Panggilan telefon TIDAK DILAYAN.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan sangat dihargai. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih.

RAHMAH HASNAH HOMESTAY U12, DEKAT Sksyn 7, 4 BLK TIDOR AIRCOND, 3 BLK AIR, Address, Homestay in Shah Alam, Selangor, Malaysia

Contact Details
Tel No: -
Fax No: -
H/P No: 01114293079.
Rate / Night*: RM 250

Address :
JALAN PEGAGA, DESA ALAM
SEKSYEN U12
40300, SHAH ALAM
Selangor








Map data ©2015 Google

Map
Satellite