Wednesday, 2 September 2015

TERIMA KASIH - JAZAKILLAH PADA TETAMU YANG BUDIMAN


Sempena kegembiraan menyambut hari kebangsaan Malaysia yang tercinta,
Homestay Rahmahhasnah mengucapkan jutaan terima kasih pada para tetamu yang sudi menginap di premis kami dari awal pembukaannya hinggalah ke 31 Ogos 2015 tempoh hari.

Bila dikenang semula, kami telah melepaskan peluang berkongsi pendapat, ulasan dan teguran  dari para tetamu sebelum ini.

Kali ini kami tidak mahu lagi melepaskan peluang berharga dan bermakna itu.

Maka kami sangat bersyukur dengan tetamu terkini kami, Pn Wawa dari Penang, yang telah mengizinkan kami untuk berkongsi komen beliau dan gambar beliau bersama keluarganya di whatssap kepada kami.

Terima kasih Wawa dan family

Girl dan Boy, buah hati wawa.                                                            



   Ibu wawa, suami wawa dan cucunda





Wawa dan keluarga


Wawa dan suami

...

Wednesday, 26 August 2015


As salamualaikum kepada pengunjung yang budiman,

Sukacita kami ingin memaklumkan bahawa mulai dari 1hb September 2015, nombor baru untuk menghubungi homestay Rahmahhasnah adalah;

019 - 3316789
sms/ whatssap sahaja.

Terima kasih.





Tuesday, 24 February 2015

TAHUN 2014 YANG BERLALU



Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Catatan ini memang terlewat dari sepatutnya. namun pihak kami bersyukur kerana masih diizinkan Allah untuk menitipkan rasa kesyukuran kami atas rahmat yang diterima sepanjang tahun lalu.

Rahmahhasnah Homestay mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuna/puan yang telah sudi menginap dengan kami pada tahun 2014.


Sokongan tuan-puan, dengan kehendak dan izin Allah, sangat kami ihargai. Kami turut memohon maaf atas segala kekurangan yang ada pada Rahmah hasnah homestay sepanjang penginapan tuan-puan bersama kami. Atas sebab yang tidak dapat kami elakkan, Rahmahhasnah homestay tidak beroperasi dari penghujung bulan  Mei hingga bulan November.

Kepada tuan/puan yang telah sudi menginap di Rahmahhasnah Homestay, semoga Allah memberkati tuan/puan dan kesemua umat muslimin dan muslimat di Malaysia dan seluruh dunia dan semoga pada tahun 2015, keadaan umat Islam  keseluruhannya bertambah baik dengan izin Allah jua hendaknya.

Dan semoga ramai lagi yang sudi menginap di Rahmahhasnah Homestay pada tahun ini. Aamiin.