Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Catatan ini memang terlewat dari sepatutnya. namun pihak kami bersyukur kerana masih diizinkan Allah untuk menitipkan rasa kesyukuran kami atas rahmat yang diterima sepanjang tahun lalu.
Rahmahhasnah Homestay mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuna/puan yang telah sudi menginap dengan kami pada tahun 2014.
Sokongan tuan-puan, dengan kehendak dan izin Allah, sangat kami ihargai. Kami turut memohon maaf atas segala kekurangan yang ada pada Rahmah hasnah homestay sepanjang penginapan tuan-puan bersama kami. Atas sebab yang tidak dapat kami elakkan, Rahmahhasnah homestay tidak beroperasi dari penghujung bulan Mei hingga bulan November.
Kepada tuan/puan yang telah sudi menginap di Rahmahhasnah Homestay, semoga Allah memberkati tuan/puan dan kesemua umat muslimin dan muslimat di Malaysia dan seluruh dunia dan semoga pada tahun 2015, keadaan umat Islam keseluruhannya bertambah baik dengan izin Allah jua hendaknya.
Dan semoga ramai lagi yang sudi menginap di Rahmahhasnah Homestay pada tahun ini. Aamiin.


No comments:
Post a Comment